Terbaru

6/recent/ticker-posts

IPA 5: Perkembangbiakan Tumbuhan

 Tumbuhan merupakan salah satu daripada alam benda hidup yang terdapat di alam semesta.
Tumbuhan merupakan organisma yang terkandung dalam alam Plantae. Biasanya, organisma yang menjalankan proses fotosintesis diklasifikasikan sebagai tumbuhan. Tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk menjalani proses fotosintesis.
Tumbuhan merangkumi semua benda hidup yang mampu menghasilkan makanan dengan menggunakan klorofil untuk menjalani proses fotosintesis dan menghasilkan kanji. Sel tumbuhan berbeza dengan sel haiwan dalam beberapa segi termasuk sel tumbuhan mempunyai dinding sel.
Secara amnya tumbuhan dibahagikan kepada :-
1. tumbuhan berbunga sama ada:
1. pokok berbuah
2. pokok tidak berbuah
2. tumbuhan tidak berbunga.
Kategori Tumbuhan
Sebagai tambahan kepada pengelasan saintifik tumbuhan, atau pendekatan yang paling popular berasaskan sistem tersebut, terdapat juga pengelasan tumbuhan melalui cara lain yang akan dibincangkan di sini.
Tumbuhan boleh diatur menurut pola tumbuhan bermusim. Walaupun tumbuhan ringkas seperti alga secara individual mempunyai tempoh hayat yang ringkas dan istilah berikut tidak boleh digunakan, tetapi peningkatan populasi alga biasanya bermusim.
* Tahunan: hidup dan membiak dalam tempoh satu musim sahaja.
* Dwitahunan ( Biennial): hidup selama dua musim, selalunya membiak pada tahun kedua.
* Saka (Perennial): hidup lama selama beberapa musim; terus membiak apabila mencapai tahap matang.
tumbuhan vaskular samada herba (tidak berkayu) atau berkayu. tumbuhan berkayu selalunya pokok dengan satu atau beberapa batang dan dahan yang tumbuh jauh dari tanah, atau tumbuhan renek tanpa batang yang jelas, dan dahan yang hampir dengan permukaan tanah.
Tumbuhan saka vaskular mungkin malarhijau, dan mengekalkan daun mereka sepanjang tahun, atau desiduous dan kehilangan daun mereka pada sebahagian tahun. Kebanyakan tumbuhan desiduous, biasanya dijumpai di kawasan iklim sederhana (temperate) dan boreal, kehilangan daun mereka pada musim sejuk, dan sesetengah tumbuhan tropika dan subtropika kehilangan daun mereka pada musim kemarau.
Tanaman juga dibahagikan menurut penggunaan mereka. Tanaman makanan termasuk buah, sayur-sayuran, herba, dan rempah

Posting Komentar

0 Komentar